Friday 21 February 2014

Dari Hati ke Hati (Part 1)

Catatan 3 - 22 Februari 2014

Salam Ceria, hari ni nak buat segmen Dari hati ke hati.  Kadang-kadang elok juga kalau ruangan ni kita berkongsi pendapat dan pandangan.

Hidup kita tidak selalunya indah, 'harapkan panas hingga ke petang mungkin hujan di tengahari'.  Semua itu ketentuan Ilahi, sebagai manusia yang tahu mengenai qada'dan qadar kita perlu bersabar dan bertawakal 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri'. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan takdir.  Beranikan diri untuk menyoroti kembali asal usul kejadian.

Seringkali kita terdengar pertelingkahan suami isteri membawa kepada perceraian.  Puncanya kadang kala adalah permasalah remeh tapi telah dibesar-besarkan disebabkan ego masing-masing. 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

           “Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali.

Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” 
[1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411 hingga 1413].


Ertinya:  Jika suami terlalu tegas (garang, baran atau seumpamanya) tentu rumahtangga tidak bahagia. Jika membiarkan saja si isteri itu membuat sewenangnya, maka rumahtangga juga tidak bahagia. Hendaklah berada pada pertengahan di antaranya, iaitu meletakkan sikap lembut, tegas atau marah sesuai pada tempat dan keadaannya. Selain itu suami juga perlu setia kepada isterinya.Setia kepada isteri juga adalah sunnah Rasulullah saw, sebagaimana setianya Rasulullah saw kepada isterinya Khadijah binti Khuwailid (antara empat wanita terbaik di alam semesta) walaupun setelah ia meninggal dunia.

Hayati kisah masyarakat daripada lagu nyanyian P. Rramlee @ Saloma
  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

  

Tunggukan sambungan nya..kita  jumpa lagi!!

No comments:

Post a Comment