Sunday 23 February 2014

HAPPY BIRTHDAY IMAN !

Happy Birthday Iman

Catatan 5 - 24 January 2014

Salam Ceria,   24 January 2014 , merupakan Birthday Iman yang ke 3..dah 3 tahun Iman mewarnai hidup kami sekeluarga.

My iman
Bila di imbas kembali, kenangan 3 tahun yang lalu..ketika hendak menanti kelahiran Iman, sungguh indah sekali.  Pada pagi 23 january 2012,  kita seperti biasa buat rutin check up di klinik S2.  Selalunya kita takde masalah, doktor selalu pesan banyak rehat dan bersedia menanti kelahiran.  Kali ini keputusan kurang baik.. doc kata kita kencing manis  so kena minum air gula 4 jam sekali sampai malam.  Kita di minta masuk wad, tapi menolak..sebab kita dah plan hanya akan masuk wad bila nak dekat bersalin.  Bosan dan seksa rasanya dok kat wad ketika sakit datang. 

My Darling yang faham keadaan isteri tersayang melayan kita bagaikan puteri pada hari tu.. sepanjang hari tu kita terpaksa jaga makan..sebab takut kandungan gula naik.. so makan sikit je walaupun perut ni ..huwaaa..laparnye.  Malam tu lepas balik dari minum air gula yang terakhir jam 8.30 malam..fuh!! lega rasanya, minum air gula bukannya sedap..manis nak mampus..  kita terpaksa tahan nafas untuk habiskan satu mug sekaligus, kalau tak buat gitu, kita akan muntah.  Balik dari klinik kita request nak makan sambal udang yang My Darling masak...sayangkan bini ..sampai umah My Darling terus ke dapur masakkan makanan yang kita minta. 

Kita sepanjang hari ini macam ADA RASA akan bersalin pada bila-bila masa.  Sepeerti kebiasaan kita yang lalu, jika dalam frasa ADA RASA , kita akan mula berkemas satu rumah..kalau boleh kita nak rumah kita cantik dan kemas ketika kita nak ke hospital dan balik dari hospital.  My Darling pada mula heran juga..apesal nak bersalin  je nak berkemas bagai satu rumah.  Tak tahulah kenapa ye..sebab setiap orang akan mengalami RASA yang berbeza, tapi bagi kita.. bersalin itu adalah percaturan hidup dan mati.  Seandai Allah menjemput kita pergi ketika melahirkan..kita mahu semua dalam keadaan terurus,.sama ada rumah..anak mahupun suami.  Kita tinggalkan rumah sebelum pamit ke hospital dengan rasa lapang dan tenteram..

Berbalik kepada cerita teringin makan udang, terlampias keinginan kita merasa air tangan suami malam tu.  Selepas selesai menunai sembahyang Isyak, kita rasa sakit perut yang agak kuat.  Sebenarnya sakit kita dah mula terasa sepanjang hari.. cuma kita kuat semangat HANYA akan pergi ke hospital bila sakit 15 minit..sekali ( jangan ikut kita ye.. bahaya kepada yang baru-baru nak jadi ibu).  Kita tak suka pegi ke hospital, kalau boleh nak dok kat wad dalam jangka masa paling singkat, maksudnya sampai kejap terus bersalin.. Bila sakit dah berlarutan dan kita pun dah tak boleh control mind, kita ajak My Darling gi hospital.  Perjalanan dari rumah ke hospital memakan masa 15 minit KALAU jalan tak jammed.  Dalam kereta, kita panik sebab sakit dah bertukar kepada lima minit sekali..  oohh.. tidakkkk..kita takut terberanak dalam kete.. sebelum keluar rumah kita dah peluk cium semua anak-anak..terngiang-ngian suara cik Mimi menangis kena tinggal..  Kita pun sempat minta maaf dengan My Darling dalam kete.  Sampai di hospital..kita memang tak mampu jalan terpaksa guna wheel chair.. dipendekkan cerita sebelum selesai pendaftaran kita bersalin atas katil yang belum sempat di tolak ke labour room... semua nurse panic, doc terkejut..senang pula dia ni bersalin..namun alhamsulillah semuanya selamat.  Kini Iman telah pun 3 tahun.  Ibu sayang Iman,  Ibu sayang juga kat Ayah yang susah payah jaga Ibu.  I LOVE U abang.

Jumpa lagi

Friday 21 February 2014

Dari Hati ke Hati (Part 1)

Catatan 3 - 22 Februari 2014

Salam Ceria, hari ni nak buat segmen Dari hati ke hati.  Kadang-kadang elok juga kalau ruangan ni kita berkongsi pendapat dan pandangan.

Hidup kita tidak selalunya indah, 'harapkan panas hingga ke petang mungkin hujan di tengahari'.  Semua itu ketentuan Ilahi, sebagai manusia yang tahu mengenai qada'dan qadar kita perlu bersabar dan bertawakal 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri'. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan takdir.  Beranikan diri untuk menyoroti kembali asal usul kejadian.

Seringkali kita terdengar pertelingkahan suami isteri membawa kepada perceraian.  Puncanya kadang kala adalah permasalah remeh tapi telah dibesar-besarkan disebabkan ego masing-masing. 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

           “Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali.

Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” 
[1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411 hingga 1413].


Ertinya:  Jika suami terlalu tegas (garang, baran atau seumpamanya) tentu rumahtangga tidak bahagia. Jika membiarkan saja si isteri itu membuat sewenangnya, maka rumahtangga juga tidak bahagia. Hendaklah berada pada pertengahan di antaranya, iaitu meletakkan sikap lembut, tegas atau marah sesuai pada tempat dan keadaannya. Selain itu suami juga perlu setia kepada isterinya.Setia kepada isteri juga adalah sunnah Rasulullah saw, sebagaimana setianya Rasulullah saw kepada isterinya Khadijah binti Khuwailid (antara empat wanita terbaik di alam semesta) walaupun setelah ia meninggal dunia.

Hayati kisah masyarakat daripada lagu nyanyian P. Rramlee @ Saloma
  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

  

Tunggukan sambungan nya..kita  jumpa lagi!!

Ci Man Birthday is around the corner

Catatan 3 - Februari 21, 2014

Salam Ceria..ehmm! cepat betul masa berlalu tup!tup! dah nak sampai hujung minggu.  Hujung minggu ni agak sibuk sikit, yelah nak memikirkan birthday party anak kecil  ci Man Nano (anak bongsu dalam keluarga.  24/2/2014 genaplah 3 tahun Ci Iman menceriakan kami dalam keluarga.  Keletah Ci man sering membuat kami tak kering gusi.  CI Man ni lain sikit berbanding ngan abang-abangnya,  Ci Man agak lasak dan lebih friendly.

Birthday kali ini nak buat agak special skit.  Tak tahulah kenapa tapi gerak hati si Ibu mahu ianya ada kelainan.  Sepanjang minggu ni bz mengoogle nak gali idea party si kenit ni. At last beberapa perkara dah buat decision.

Checklist:

Tema  -  Superhero (rasanya sesuai sangat ngan Ci Man yang kadang-kadang mengganas)

Tarikh - 2 Mac ( masa tu ajelah masa 'kelegaan' yang ada pada semua untuk prepare this party)

Tempat - Taman Astakona (compound kita orang rasanya ok aje.. cuma kena kemas sikit laman tu bagi tak serabut, then khemah tu decorate sikit bagi ceria)

Games/Activites - Masukkan bola dalam bakul
                            - Bawa bola dalam sudu
                            - mewarna
 Mesti anak-anakku riang-ria sebab dapat buat sepah, melompat-lompat..budak-budak katakan.

Makanan  - kek ,kek cawan, buah, biskut dll yg belum fikir

Deko     - nilah tengah pening macammana yang nampak cantik dan ceria.

Goodie bag - dah beli tapi belum deko. Isinya belum cari lagi..may be makanan atau mainan.

Invitation Card dah siap..Fuhh lega, tinggal nak print je.  Keje senang dan menjimatkan , tak payah nak tempah bagai.
Iman Invitation Card


Hopefully semuanya berjalan lancar dan berjaya direalisasikan.  My Darling selalu cakap, Anak yang Birthday, Ibunya pulak hepi terlebih. Takpelah inikan permata hatiku, bolehlah di ingat tika aku tiada lagi.

Ok.. Jumpa lagi

Thursday 20 February 2014

My Love, My Anniversary

Catatan 2 - Februari 20, 2014

Salam ceria untuk semua, just nak share our 15th Anniversary ialah 23 January 2014.  Biasanya kita sambut sebulan..sedihnya lagi 2 hari lagi nak tutup tirai.  Rasa this month happy sangat.. My Darling bawa celebrate kat Secret Recipe..berdua je, best gitu..cam romantik je.. so kita pun melawalah sekadar yang pandai.  Bab bergaya ni memang out sebenarnya.

Sampai kat SR, tengok menu, yg mana berkenaan punyalah lama tapi at last pilih gak menu yang sama bila berkunjung kat sini,  Kita order makanannya, of course mud cake (1 slice je..cukuplah sebab my darling ni tak minat kek), mee kari, chocolate shake, black pepper lamb pie,  (semuanya berkalori tinggi), Airnya pula chocolate shake untuk kita dan apple juice 4 my hubby.

Sedapnya..yummy!memang kekenyangan.. My Darling jamah sikit je, kitalah tukang perabihkan.  Kita kat sana kejap je sebab My Darling nak cepat gi KL ambil MIL.  Balik umah sempat gak celebrate ngan anak-anak.  Kita memang dah beli kek 'LOVE"..so dapat juga kongsi kegembiraan bersama anak-anak.  Lepas makan kek makan aiskrim pulak..wala-wala bestnye.  Kita ni sebenarnya risau gak banyak makan berkalori tinggi, yelah umur begini penyakit mudah melekat..azam kontrol makan tapi belum pernah menjadi.
anniversary cake
 Rasa bahagia dapat mengekalkan ikatan suci ini.  Harapan dan doa moga biarlah sampai ke jannah.  Amin-Amin ya Raabal A'lamin.


Jumpa Lagi!!







Wednesday 19 February 2014

Kisah KITA

Catatan 1- February 19, 2014

Salam ceria buat semua.. 1st time cuba berblog.. agak kekok sikit.  Awal-awal ni orang kata belum biasa.  Dah lama usha nak jadi blogger.. tapi tak menjadi-jadi, kadang-kadang terfikir, apalah nak ditulis untuk di kongsi bersama, malu pun ada, risau juga kalau coretan asyik ke laut ye. Bukan takde pengalaman menulis, banyakkk juga tapi semua tu zaman budak sekolah.  Masa tu  remaja tengah nak naik, berangan no 1, jadi macam-macam kisah yang dicatat.  Alhamdulillah, ada juga hasil cerpen yang keluar di Utusan Melayu (Jawi), Utusan Pelajar dan dibukukan dalam antologi cerpen.

Bila dah berkerjaya dan bekeluarga kehidupan semakin sibuk, Kebetulan kerjaya sebagai pendidik ni betul-betul mencabar.  Namun bila melihat anak didik berjaya, syukur rasanya ilmu dicurah tak disia-siakan, itulah kemanisan sebenar seorang PENDIDIK.  Pelajar datang silih berganti namun ada juga jasa kita masih terus diingat hingga kini.  Moga Allah sentiasa merahmati pelajarku dalam setiap detik perjalanan hidup mereka.

Bila berada dirumah, kita sibuk menjadi suri kepada seorang suami yang sangat loving, caring dan bertolak ansur.. dan begitu memahami kepenatan kita melayani kerenah enam orang anak yang sedang membesar. My Darling ni, boleh dikatakan Mr DIYku, ada saje benda yang nak dibuat sendiri.  Kadang-kadang terkeluar juga pertanyaan, tak penat ke...seperti biasa dia senyum aje "Puas buat sendiri, lagipun jimat".  Nantilah dilain kesempatan kita story sikit apa Mr DIYku buat.  

Anak-anak dengan 1001 macam perangai.  Si Along ni sukakan privacy, minatnya membaca dan main gadget tapi rasanya lebih pada buku..macam ibunya Dunia Buku dekat dihati.  Si Angah pula minat nak jadi saintis, hai!.. boleh bayangkanlah macam-macam pertanyaan yang keluar, macam -macam experiment dicuba (tapi dalam bilik air then simpan kat bilik) takut kita marah kalau bersepah. At last tak larat nak layan pelbagai pertanyaan, sebab kita pun tak cukup ilmu nak jawab.  Kita belikan buku Ensiklopedia 1 dozen pelbagai genre. Fuh, terasa laju je duit habis, tapi kita cukup seronok semua satu family jadi gian membaca. Menimba ilmu daripada buku nikmatnya tak sama jika kita baca dalam internet.  tak percaya cubalaahh. Si Ateh pula anak perempuan sulung ku, pewatakkan kakak yang garang dan tegas, ini saling tak tumpah cam ayahnya.  Anak ayah katakan. Si Acik sweet aje, lembah lembut macam perempuan Melayu terakhir. Si Acu anak perempuan kita yang gebu dan comel dan kalau bercakap macam berteh jagung.. takde full stop dan yang last sekali Si CiMan anak bongsu yang kelakar dan lasak.

Wow..! panjang juga celoteh kita.  Jumpa lagi InsyaAllah.