Tuesday 28 April 2015

Cerita bulan April

April pergi, Mei mengamit datang

Macam-macam berlaku sepanjang bulan April..daripada kisah GST, kepada kehidupan yang dilalui.  Syukur jua pada Allah..bulan April menemukan semula jejak blog yang ditelah sepi sebelum ini.  Kisah April bermula dengan GST..semua kerisauan..ramai yang berduyun-duyun pegi shopping,,simpan stok kat umah.  Bagi aku sepeti biasa cool aje..simpan tak simpan..GST kena lalu juga.  Toleh kiri terkena, toleh kanan terkena, maju depan pun terkena..kalau nak undur belakang, sampai bila???  Hadapilah dengan tenang..so apa nak buat dengan budget keluarga??  Bagi saya yang mempunyai anak yang ramai..tentulah kena fikir banyak kali..takkan nak ikat perut sebab GST.  Planning yang penting, mana boleh buat sendiri, kita usahakanlah.. belilah barang keperluan dan bukan kehendak.

Kalau dulu tiap minggu WAJIB makan satu famili kat luar tapi la ni kena beringatlah. Sebulan 2 kali cukuplah, setakat hari ini baru sekali makan luar, itupun nak celebrate b'day hubby yang ke 43 tahun.
Pegi makan nasi Arab kat Damsyik Paroi.  restoran ni memang terkenal dengan hidangan yang lazat dan banyak.  Kenyang punyalah kalau makan.  Bila dah GST check resit, harga lama pun dah berubah..then GST lagi..ehmm sabar je ati..makan-makan ni tak baik merungut..pilihan di tangan kita...alamak stop dulu yee.

No comments:

Post a Comment