Sunday 7 February 2016

Nenas batu

Khasiat nenas batu


Baru beli nenas batu di tesco. Lama dah tengok adik ni jual..baru semalam tgerak hati nak beli.

Nenas batu sekali tengok mcm takde apa yg menarik...tapi bila dah tau khasiatnya..menyesal pula buat donno je sebelum ni. Nenas batu sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kita ni bila dah melepasi usia 40 TAHUN banyak benda kena jaga..makan kena pantang..bak kata orang pada tika ni semuanya kena hati-hati. Nak dapat sakit masa nilah selalu kena...nak berubah perangai waktu nilah selalu dikaitkan...Life Begin 40..bukan hanya untuk lelaki tetapi wanita juga bermula di sini.

Antara khasiat nenas batu sesuai untuk KITA:
1.mengecutkan rahim sekaligus menjadi ibu2 awet muda - barulah HERO tak pandang lain walaupun umur dah meningkat.
2.melancar pembuangan angin- taklah asyik angin pus-pus aje..HERO pun tak seronok asyik berbunyi je HEROIN, tak pun bau smacem hAa!ha
3.membantu ibu-ibu yg nak menopouse- part ni kena jaga,tika dan saat yang paling ditakuti WANITA.

Tuesday 28 April 2015

Cerita bulan April

April pergi, Mei mengamit datang

Macam-macam berlaku sepanjang bulan April..daripada kisah GST, kepada kehidupan yang dilalui.  Syukur jua pada Allah..bulan April menemukan semula jejak blog yang ditelah sepi sebelum ini.  Kisah April bermula dengan GST..semua kerisauan..ramai yang berduyun-duyun pegi shopping,,simpan stok kat umah.  Bagi aku sepeti biasa cool aje..simpan tak simpan..GST kena lalu juga.  Toleh kiri terkena, toleh kanan terkena, maju depan pun terkena..kalau nak undur belakang, sampai bila???  Hadapilah dengan tenang..so apa nak buat dengan budget keluarga??  Bagi saya yang mempunyai anak yang ramai..tentulah kena fikir banyak kali..takkan nak ikat perut sebab GST.  Planning yang penting, mana boleh buat sendiri, kita usahakanlah.. belilah barang keperluan dan bukan kehendak.

Kalau dulu tiap minggu WAJIB makan satu famili kat luar tapi la ni kena beringatlah. Sebulan 2 kali cukuplah, setakat hari ini baru sekali makan luar, itupun nak celebrate b'day hubby yang ke 43 tahun.
Pegi makan nasi Arab kat Damsyik Paroi.  restoran ni memang terkenal dengan hidangan yang lazat dan banyak.  Kenyang punyalah kalau makan.  Bila dah GST check resit, harga lama pun dah berubah..then GST lagi..ehmm sabar je ati..makan-makan ni tak baik merungut..pilihan di tangan kita...alamak stop dulu yee.

Friday 17 April 2015

Akhirnya pasti kembali



LAMANYA MENANTI

Salam kasih sayang untuk semua..rindunya..lamanya tak update blog ni.  Bukan ada perasaan M tapi blog saya buat hal hampir setahun.  Minta tolong juga dengan orang yang bijak pandai tapi tetap error memanjang.  Mengenangkan ketika itu blog ini belum pun setahun jagung so hold dulu..peramlah sampai ranum.  Try juga nak create blog baru tapi macam berat hati je,, rupanya jodoh saya dengan blog ni masih panjang lagi, Alhamdulillah..syukur padaNYA.


Flashback setahun dulu sambut anniversary yg ke 15.. Tahun ni dah naik satu angka..nanti kita review every moments yang terlepas dek kurangnya pengetahuan dengan komputer ni..Hampir setahun berlalu ..macam-macam telah berubah,  InsyaAllah dari yang kurang kepada lebih baik. Amin..

Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu kekhilafan saya sendiri

senyum selalu




Sunday 23 February 2014

HAPPY BIRTHDAY IMAN !

Happy Birthday Iman

Catatan 5 - 24 January 2014

Salam Ceria,   24 January 2014 , merupakan Birthday Iman yang ke 3..dah 3 tahun Iman mewarnai hidup kami sekeluarga.

My iman
Bila di imbas kembali, kenangan 3 tahun yang lalu..ketika hendak menanti kelahiran Iman, sungguh indah sekali.  Pada pagi 23 january 2012,  kita seperti biasa buat rutin check up di klinik S2.  Selalunya kita takde masalah, doktor selalu pesan banyak rehat dan bersedia menanti kelahiran.  Kali ini keputusan kurang baik.. doc kata kita kencing manis  so kena minum air gula 4 jam sekali sampai malam.  Kita di minta masuk wad, tapi menolak..sebab kita dah plan hanya akan masuk wad bila nak dekat bersalin.  Bosan dan seksa rasanya dok kat wad ketika sakit datang. 

My Darling yang faham keadaan isteri tersayang melayan kita bagaikan puteri pada hari tu.. sepanjang hari tu kita terpaksa jaga makan..sebab takut kandungan gula naik.. so makan sikit je walaupun perut ni ..huwaaa..laparnye.  Malam tu lepas balik dari minum air gula yang terakhir jam 8.30 malam..fuh!! lega rasanya, minum air gula bukannya sedap..manis nak mampus..  kita terpaksa tahan nafas untuk habiskan satu mug sekaligus, kalau tak buat gitu, kita akan muntah.  Balik dari klinik kita request nak makan sambal udang yang My Darling masak...sayangkan bini ..sampai umah My Darling terus ke dapur masakkan makanan yang kita minta. 

Kita sepanjang hari ini macam ADA RASA akan bersalin pada bila-bila masa.  Sepeerti kebiasaan kita yang lalu, jika dalam frasa ADA RASA , kita akan mula berkemas satu rumah..kalau boleh kita nak rumah kita cantik dan kemas ketika kita nak ke hospital dan balik dari hospital.  My Darling pada mula heran juga..apesal nak bersalin  je nak berkemas bagai satu rumah.  Tak tahulah kenapa ye..sebab setiap orang akan mengalami RASA yang berbeza, tapi bagi kita.. bersalin itu adalah percaturan hidup dan mati.  Seandai Allah menjemput kita pergi ketika melahirkan..kita mahu semua dalam keadaan terurus,.sama ada rumah..anak mahupun suami.  Kita tinggalkan rumah sebelum pamit ke hospital dengan rasa lapang dan tenteram..

Berbalik kepada cerita teringin makan udang, terlampias keinginan kita merasa air tangan suami malam tu.  Selepas selesai menunai sembahyang Isyak, kita rasa sakit perut yang agak kuat.  Sebenarnya sakit kita dah mula terasa sepanjang hari.. cuma kita kuat semangat HANYA akan pergi ke hospital bila sakit 15 minit..sekali ( jangan ikut kita ye.. bahaya kepada yang baru-baru nak jadi ibu).  Kita tak suka pegi ke hospital, kalau boleh nak dok kat wad dalam jangka masa paling singkat, maksudnya sampai kejap terus bersalin.. Bila sakit dah berlarutan dan kita pun dah tak boleh control mind, kita ajak My Darling gi hospital.  Perjalanan dari rumah ke hospital memakan masa 15 minit KALAU jalan tak jammed.  Dalam kereta, kita panik sebab sakit dah bertukar kepada lima minit sekali..  oohh.. tidakkkk..kita takut terberanak dalam kete.. sebelum keluar rumah kita dah peluk cium semua anak-anak..terngiang-ngian suara cik Mimi menangis kena tinggal..  Kita pun sempat minta maaf dengan My Darling dalam kete.  Sampai di hospital..kita memang tak mampu jalan terpaksa guna wheel chair.. dipendekkan cerita sebelum selesai pendaftaran kita bersalin atas katil yang belum sempat di tolak ke labour room... semua nurse panic, doc terkejut..senang pula dia ni bersalin..namun alhamsulillah semuanya selamat.  Kini Iman telah pun 3 tahun.  Ibu sayang Iman,  Ibu sayang juga kat Ayah yang susah payah jaga Ibu.  I LOVE U abang.

Jumpa lagi

Friday 21 February 2014

Dari Hati ke Hati (Part 1)

Catatan 3 - 22 Februari 2014

Salam Ceria, hari ni nak buat segmen Dari hati ke hati.  Kadang-kadang elok juga kalau ruangan ni kita berkongsi pendapat dan pandangan.

Hidup kita tidak selalunya indah, 'harapkan panas hingga ke petang mungkin hujan di tengahari'.  Semua itu ketentuan Ilahi, sebagai manusia yang tahu mengenai qada'dan qadar kita perlu bersabar dan bertawakal 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri'. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan takdir.  Beranikan diri untuk menyoroti kembali asal usul kejadian.

Seringkali kita terdengar pertelingkahan suami isteri membawa kepada perceraian.  Puncanya kadang kala adalah permasalah remeh tapi telah dibesar-besarkan disebabkan ego masing-masing. 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

           “Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali.

Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” 
[1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411 hingga 1413].


Ertinya:  Jika suami terlalu tegas (garang, baran atau seumpamanya) tentu rumahtangga tidak bahagia. Jika membiarkan saja si isteri itu membuat sewenangnya, maka rumahtangga juga tidak bahagia. Hendaklah berada pada pertengahan di antaranya, iaitu meletakkan sikap lembut, tegas atau marah sesuai pada tempat dan keadaannya. Selain itu suami juga perlu setia kepada isterinya.Setia kepada isteri juga adalah sunnah Rasulullah saw, sebagaimana setianya Rasulullah saw kepada isterinya Khadijah binti Khuwailid (antara empat wanita terbaik di alam semesta) walaupun setelah ia meninggal dunia.

Hayati kisah masyarakat daripada lagu nyanyian P. Rramlee @ Saloma
  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

  

Tunggukan sambungan nya..kita  jumpa lagi!!

Ci Man Birthday is around the corner

Catatan 3 - Februari 21, 2014

Salam Ceria..ehmm! cepat betul masa berlalu tup!tup! dah nak sampai hujung minggu.  Hujung minggu ni agak sibuk sikit, yelah nak memikirkan birthday party anak kecil  ci Man Nano (anak bongsu dalam keluarga.  24/2/2014 genaplah 3 tahun Ci Iman menceriakan kami dalam keluarga.  Keletah Ci man sering membuat kami tak kering gusi.  CI Man ni lain sikit berbanding ngan abang-abangnya,  Ci Man agak lasak dan lebih friendly.

Birthday kali ini nak buat agak special skit.  Tak tahulah kenapa tapi gerak hati si Ibu mahu ianya ada kelainan.  Sepanjang minggu ni bz mengoogle nak gali idea party si kenit ni. At last beberapa perkara dah buat decision.

Checklist:

Tema  -  Superhero (rasanya sesuai sangat ngan Ci Man yang kadang-kadang mengganas)

Tarikh - 2 Mac ( masa tu ajelah masa 'kelegaan' yang ada pada semua untuk prepare this party)

Tempat - Taman Astakona (compound kita orang rasanya ok aje.. cuma kena kemas sikit laman tu bagi tak serabut, then khemah tu decorate sikit bagi ceria)

Games/Activites - Masukkan bola dalam bakul
                            - Bawa bola dalam sudu
                            - mewarna
 Mesti anak-anakku riang-ria sebab dapat buat sepah, melompat-lompat..budak-budak katakan.

Makanan  - kek ,kek cawan, buah, biskut dll yg belum fikir

Deko     - nilah tengah pening macammana yang nampak cantik dan ceria.

Goodie bag - dah beli tapi belum deko. Isinya belum cari lagi..may be makanan atau mainan.

Invitation Card dah siap..Fuhh lega, tinggal nak print je.  Keje senang dan menjimatkan , tak payah nak tempah bagai.
Iman Invitation Card


Hopefully semuanya berjalan lancar dan berjaya direalisasikan.  My Darling selalu cakap, Anak yang Birthday, Ibunya pulak hepi terlebih. Takpelah inikan permata hatiku, bolehlah di ingat tika aku tiada lagi.

Ok.. Jumpa lagi